Scammer guna taktik ‘home improvement grant’ perdaya mangsa

Scammer guna taktik ‘home improvement grant’ perdaya mangsa

POLIS mengesan cubaan mendapatkan data peribadi menerusi ‘phishing’ melalui hantaran mesej di media sosial yang menawarkan geran kewangan yang dinamakan ‘home improvement grant’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, berdasarkan risikan yang dibuat, pengguna laman sosial akan menerima mesej dari individu yang tidak dikenali.

Menurutnya, geran tersebut didakwa sebagai program yang dikendalikan beberapa agensi kerajaan dengan kerjasama bank dunia untuk membantu individu yang memerlukan bantuan kewangan.

“Maklumat sekiranya berminat, peribadi termasuk pemohon nama penuh diminta mengisi nombor kad pengenalan, status perkahwinan dan beberapa maklumat lain yang dinyatakan di borang permohonan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kegiatan ini.

“Namun tindakan mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali adalah satu tindakan yang merbahaya.

“Masyarakat adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada kerana maklumat peribadi merupakan data yang berpotensi untuk disalahgunakan seandainya ia diperolehi oleh pihak tidak bertanggungjawab
bagi tujuan permohonan bantuan ataupun geran daripada pihak kerajaan,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk membuat semakan secara terus dengan agensi kementerian yang bertanggungjawab.

“Jangan sesekali percaya dengan mesej yang diterima dari pihak ketiga. Sebarang nasihat atau kemusykilan berkaitan jenayah komersil, orang ramai bolehlah merujuk kepada ccid scam response center di talian 03-2610 1559 atau 03 2610 1599,” katanya. – Malaysiapost

Komen