Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri petang ini

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri petang ini

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri sehingga jam 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di Perak, Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

“Di Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau),” menurut kenyataan itu.

Selain itu, turut diramal mengalami cuaca buruk adalah di Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Sarawak pula menbabitkan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah membabitkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga 4 petang; Selasa, 19 April 2022,” katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

Komen