12 kematian baharu Covid-19 semalam

12 kematian baharu Covid-19 semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,449 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, satu daripada 12 kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 92,039 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Selain itu, seramai 89,698 individu atau 97.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 256 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,988 kes pula dirawat di hospital dan 97 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 33 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 64 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

Komen