Gempa bumi sederhana di Kepulauan Filipina

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Filipina

KEJADIAN Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 magnitud dilaporkan berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada jam 5.07 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook, memaklumkan bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Menurut MetMalaysia, kejadian gempa bumi tersebut berlaku pada koordinat 6.7 darjah Utara dan 127.5 darjah Timur.

“Manakala jarak kejadian adalah 169 kilometer Barat Daya dari Tagum, Filipina dengan kedalaman 10 kilometer,” katanya. – Malaysiapost

Komen