Johor beri tumpuan khas pantau pusat perlindungan kanak-kanak

Johor beri tumpuan khas pantau pusat perlindungan kanak-kanak

KERAJAAN Johor akan memberi tumpuan khas bagi memantau pusat jagaan kanak-kanak terutama membabitkan rumah perlindungan anak istimewa di negeri itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata langkah itu diambil selaras menjunjung titah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Tunku Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius kes penderaan, keganasan atau eksploitasi kanak-kanak melibatkan pusat jagaan kanak-kanak di Johor.

“Berikutan itu, saya akan memastikan kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Johor memantau dan membuat audit ke atas semua pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negeri Johor.

“Tumpuan khas akan diberikan kepada pusat-pusat jagaan kanak-kanak istimewa,” katanya menerusi Facebook.

BACA LAGI: Jangan salah guna kurniaan istana untuk populariti media sosial – Permaisuri Johor

Dalam pada itu, Onn Hafiz turut berharap selain JKM Johor, semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi lain yang terlibat secara tidak langsung dapat memberi kerjasama penuh untuk memastikan semua pusat jagaan kanak-kanak beroperasi secara sah dan dijaga dengan baik. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook HRH Crown Prince Of Johor

Komen