Ribut petir, hujan lebat di seluruh negara petang ini

Ribut petir, hujan lebat di seluruh negara petang ini

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda di seluruh negara sehingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis; Kedah; Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Selain itu Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai); Terengganu (Besut); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat); WP Kuala Lumpur; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau); Melaka (Alor Gajah) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

“Sarawak: Limbang dan Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat serta WP Labuan sehingga 6 petang; Rabu, 20 April 2022,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

Komen