Amira Aisya angkat sumpah, ini nasihat Syed Saddiq

Amira Aisya angkat sumpah, ini nasihat Syed Saddiq

JANGAN sesekali abaikan suara rakyat. Demikian ingatan Presiden MUDA, Syed Saddiq Abdul Rahman kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz.

Adun tunggal MUDA di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat bersama semua Adun lain sempena persidangan Dewan Negeri Johor hari ini.

Menurut Syed Saddiq, Amira Aisya juga perlu sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat yang telah memilihnya sebagai Adun.

“Dia (Amira Aisya) lebih bijak dari saya. Dia bekerja lebih kuat dari saya. Dia juga pencinta kucing yang lebih baik dari saya.

BACA LAGI: Jalan tegak, Amira! – Syed Saddiq

“Sekarang “Yang Berkhidmat” di Johor. Selamat berkhidmat. Jangan sesekali abaikan suara rakyat. Rakyat sentiasa diutamakan,” kata Ahli Parlimen Muar itu menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

Komen