Mawar Karim sudah jumpa pengganti

Mawar Karim sudah jumpa pengganti

USAHAWAN tudung, Mawar Karim mengakui sedang mengenali seseorang yang istimewa sejak tahun lalu.

Mawar atau nama sebenarnya, Mawar Abdul Karim turut mendedahkan lelaki istimewa dikenalinya itu juga bukan individu dalam kalangan ahli politik atau dunia hiburan.

“Macam saya cakap sebelum ini, saya dalam proses mengenali seseorang. Untuk perincian lanjut, saya cuma harapkan doa yang terbaik buat saya dan keluarga. Juga untuk urusan melibatkan jodoh dan berteman.

“Orang biasa sahaja. Saya orang biasa dan dia pun sama. Dia seorang ahli perniagaan senang cerita. Tiada kaitan dengan politik atau apa-apa.

“Berkenaan status, saya tak berani nak dedahkan sebab masih lagi terlalu awal. Doa yang terbaik sahaja buat saya,” katanya memetik laporan Kosmo!.

BACA LAGI: ‘Saya bukan seorang yang bankrap’ – Mawar Karim

Mengenai ditanya sama ada sudah nampak ruang dan peluang untuk sekali lagi menggalas status sebagai isteri, Mawar, 33, tidak menolak perkara tersebut.

“Insya-Allah dan kita pun belajar daripada pengalaman. Jangan buat kesilapan sama. Tak bermakna awal kita tak bagus dan pengakhiran kita juga begitu. Itu yang kita kena betulkan lagi.

“Sejak akhir tahun orang sibuk cakap saya dah kahwin tapi sebenarnya tak. Jadi sekarang saya jujur cakap sedang kenali seseorang dan hubungan memang serius.

“Anak pun dah usia lima tahun. Sampai masa, saya perlukan teman atau senang cerita, ‘soulmate’ untuk mulakan hidup baharu. Saya selesa dengan orang ini dan ‘chemistry’ memang. Dia faham keadaan saya yang mempunyai anak.

“Penting untuk orang itu terima saya seadanya. Sebab saya datang dengan ‘pakej 1 plus 1’ (ibu tunggal),” katanya.

Sebelum ini, Mawar pernah berkahwin dengan pelakon, Fizo Omar pada pada 10 November 2013 namun bercerai 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup selama enam tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Maryam. – Malaysiapost

Komen