5 kematian baharu Covid-19 semalam, 4 kes BID

5 kematian baharu Covid-19 semalam, 4 kes BID

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lima kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,470 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, empat daripada lima kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 88,184 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Selain itu, seramai 86,284 individu atau 97.8 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 159 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,649 kes pula dirawat di hospital dan 91 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 31 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 61 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

Komen