Dana penstabilan harga: DAP masih tunggu respon kerajaan

Dana penstabilan harga: DAP masih tunggu respon kerajaan

DAP masih menunggu maklum balas kerajaan berhubung syor mewujudkan dana penstabilan harga.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata pada masa sama pihaknya masih tertunggu-tunggu langkah-langkah yang akan diumumkan kerajaan bagi menangani kenaikan harga barang.

“Rakyat harus bersatu melawan kenaikan harga barangan. Langkah-langkah berkesan kerajaan membendung kenaikan masih dinanti-nantikan,” katanya hari ini.

Bulan lalu, Guan Eng menggesa kerajaan mewujudkan dana penstabilan harga bagi mengehadkan kenaikan harga dan inflasi kos makanan dan perniagaan yang dijangka meningkat dengan perang Rusia-Ukraine.

Guan Eng berkata, dana itu boleh disediakan dengan dana permulaan RM3 bilion menggunakan jumlah penuh daripada ‘Cukai Makmur’.

Menurutnya, ‘Cukai Makmur’ merupakan satu bentuk cukai ‘durian runtuh’ yang dikenakan ke atas syarikat besar dalam Belanjawan 2022. – Malaysiapost

Komen