Lebih satu juta kanak-kanak telah terima dos pertama vaksin Covid-19

Lebih satu juta kanak-kanak telah terima dos pertama vaksin Covid-19

SERAMAI 572,744 atau 16.1 peratus daripada kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 1,447,377 kanak-kanak atau 40.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara, bagi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,881,518 individu atau 92.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Manakala 2,982,044 atau 95.8 peratus daripada kumpulan yang sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa seramai 15,998,406 individu atau 68 peratus menerima dos penggalak, 22,963,218 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, manakala 23,240,041 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 59,460 dos vaksin diberikan melibatkan 13,412 dos pertama, 39,883 dos kedua dan 6,165 dos penggalak.

Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,872,350. – Malaysiapost

Komen