Pekerja tularkan video pelanggan tak puasa, Burger King Malaysia ambil tindakan

Pekerja tularkan video pelanggan tak puasa, Burger King Malaysia ambil tindakan

PIHAK Burger King Malaysia akan mengambil tindakan terhadap pekerjanya yang didapati memuat naik video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah cawangan restoran berkenaan yang menunjukkan pelanggan makan ketika Ramadan.

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook rasminya hari ini, Burger King mengesahkan video yang tular di media sosial sejak kelmarin itu dimuat naik oleh pekerjanya.

“Dukacita kami mengesahkan bahawa ia dimuat naik oleh pekerja Burger King Malaysia. Kelakuan sedemikian tidak boleh dimaafkan dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, di Burger King Malaysia, privasi pelanggan sangat dihormati dan akan mengambil langkah selanjutnya agar perkara sama tidak berulang pada masa depan.

Rabu lalu, satu klip video berdurasi 14 saat tersebar di media sosial dipercayai dirakam oleh pekerja Burger King memaparkan tiga wanita bertudung memesan makanan dan makan di dalam restoran berkenaan.

Difahamkan kejadian berlaku di sebuah cawangan Burger King di Shah Alam. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

Komen