Imam dipinang makmum wanita

Imam dipinang makmum wanita

KELUNAKAN suara seorang Imam mengalunkan bacaan surah-surah Alquran ketika memimpin solat terawih telah menawan hati makmumnya, seorang wanita.

Menariknya, perasaan jatuh hati kepada Imam bernama Hakim Arrazali itu telah dizahirkan wanita itu dengan meminang untuk dijadikan suaminya.

Kisah mencuit hati itu dikongsi Hakim di mana dia telah menerima sepucuk surat ‘pinangan’ dari seseorang selepas selesai mengimamkan solat tarawih.

Menurutnya, surat yang lengkap di dalam sampul tersebut diletakkan di dalam raga motosikalnya.

Hakim mengakui terkejut apabila menerima surat seperti itu tanpa disangka-sangkanya.

Menerusi klip video dimuat naik di media sosial, Hakim menanyakan kepada imam-imam lain tentang sekiranya mereka juga pernah menerima surat seperti itu.

“Nak tanya, imam-imam tarawih pernah dapat macam ini tak,” katanya.

Lebih menarik perhatian ramai adalah mengenai isi surat tersebut dan diselitkan juga wang kertas RM50 di dalam sampul berkenaan.

“Assalamualaikum ya akhi (abang), saya masih mencari bakal imam, jika akhi sudi,” tulis surat tersebut.

Pengirim itu turut meninggalkan nombor telefon agar mudah untuk dihubungi kelak.

Bagaimanapun Hakim menegaskan dia belum bersedia melangkah ke alam rumah tangga dan tidak akan mudah mengambil kesempatan mempermainkan perasaan wanita itu.

Kalau ada yang dapat macam ini, gunalah cara yang halal (menikah), jangan sesekali guna cara haram (bercinta),” pesannya.

Tinjauan di ruangan komen, pelbagai reaksi netizen boleh dibaca yang rata-ratanya terhibur dengan kisah yang dikongsikan.

“Suara imam sedap sangat masa baca surah waktu solat tarawih, sebab itu ada yang jatuh hati nak kenal,” komen seorang pengguna.

“Imam muda, kacak macam ini aku pun cair,” kata netizen. – Malaysiapost

Komen