Kerajaan beri kelonggaran SOP dari semasa ke semasa – PM

Kerajaan beri kelonggaran SOP dari semasa ke semasa – PM

KERAJAAN tidak akan membuat sebarang keputusan undur ke belakang berhubung pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan akan mengumumkan kelonggaran SOP berkaitan Covid-19 dari semasa ke semasa.

“Ramai yang akan balik kampung beraya, SOP, pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial walaupun kini SOP penjarakan sosial bukan lagi perkara yang diwajibkan.

“Mungkin selepas ini kita teliti SOP pemakaian pelitup muka. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melihat dari pro and cons (baik dan buruk),” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ismail Sabri berkata, selain itu kerajaan juga sedang meneliti SOP penggunaan aplikasi MySejahtera dan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 di lapangan terbang.

“Kita sedang tengok juga MySejahtera perlu atau tidak untuk imbas. Di lapangan terbang perlu atau tidak untuk pemeriksaan RTK, PCR test.. ini semua yang kita sedang tengok.

“KKM juga sedang berbincang dalam mesyuarat. Tunggulah kita akan umum,” katanya lagi. – Malaysiapost

Komen