Neelofa dapat kebenaran suami kembali aktif dalam bidang seni

Neelofa dapat kebenaran suami kembali aktif dalam bidang seni

PELAKON dan usahawan terkenal, Neelofa bakal kembali aktif dalam bidang seni tidak lama lagi selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung, tiga bulan lalu.

Menurut suaminya, pendakwah bebas Haris Ismail atau Pencetus Ummah (PU) Riz, perbincangan mengenai perkara itu telah dibuat dan dia percaya Neelofa dapat membawa diri dan imej agama dengan baik.

“Alhamdulillah, kita dah diskusi benda ini begitu detail la setiap perkara… dengan imej agama yang dibawa, kena banyak berhati-hati.

“Alhamdulillah, Lofa boleh ikut… pakaian pun, dia taat pada perintah Allah! Jadi, kita bagi dia ruang untuk berkarya dalam benda-benda dia dah biasa buat,” kata Haris memetik mStar.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor melahirkan cahaya mata pertama bernama Muhammad Bilal pada 31 Januari lalu.

Sementara itu, Neelofa berkata dia bakal tampil dalam beberapa program bual bicara yang masih dalam proses perbincangan.

“InsyaAllah saya pun dah berbincang dengan suami, mungkin saya akan keluar program bual bicara. Sekarang masih dalam proses perbincangan,” katanya.

Mengulas berkenaan pengurusan harian anaknya, bekas pengacara Meletop itu memberitahu walaupun mengambil keputusan kembali aktif dalam bidang seni namun Muhammad Bilal adalah keutamaannya.

“Masih lebih kepada bisnes tapi keutamaan kami adalah Bilal. Saya pun tak nak dia lama-lama dengan helper. Saya nak jalankan rutin sebagai ibu itu lebih daripada yang lain.

“Perancangan anak seterusnya… kita nak anak lagi. Terima dan terima dan terima,” kata Neelofa. – Malaysiapost

Komen