Penyokong JDT teruja jumpa Snoop Dogg

Penyokong JDT teruja jumpa Snoop Dogg

PELANDUK dua serupa, namun dua individu berbeza walaupun wajah kedua-dua individu ini saling tak tumpah. 

Kisahnya, tular foto seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang memiliki wajah iras penyanyi rap antarabangsa, Snoop Dogg.

Foto memperlihatkan anggota Rela tersebut sedang bertugas di satu lokasi yang tidak dapat dipastikan itu tular menerusi Twitter beberapa hari lalu.

“Snoop Dogg kerja Rela guys,” tulis pemilik Twitter @redrun yang memuat naik foto berkenaan.

Sehingga kini, foto itu menerima lebih 5,000 ulang kicau (retweet).

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur, tak kurang juga yang berjenaka mengenai persamaan wajah mereka.

“Role model kita. Famous, kaya, ada nama tapi masih rela bantu rakyat.

“Yang ni ke yang menyanyi dalam video JDT?

“Sejak-sejak buat lagu JDT ni,” komen beberapa netizen berjenaka. 

Sebelum ini,  lagu tema kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim dirakam dan dinyanyikan Snoop Dogg. 

Untuk rekod, lagu Pioneers nyanyian Snoop Dogg bersama Joe Flizzow diilhamkan daripada kesungguhan dan kegigihan JDT dalam menetapkan standard baharu bola sepak di Malaysia.

Muzik video lagu tersebut yang diterbitkan pada Mac lalu menerima lebih 610,000 tontonan setakat hari ini. – Malaysiapost

Komen