5,624 positif Covid-19 semalam

5,624 positif Covid-19 semalam

MALAYSIA merekodkan sebanyak 5,624 kes baharu Covid-19, semalam sekali gus menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 4,427,067 kes.

Berdasarkan perkongsian di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah kes sembuh mengatasi kes baharu iaitu seramai 10,041 pesakit Covid-19 disahkan sembuh, semalam.

Pesakit yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula seramai 89 orang manakala 57 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada 5,624 kes baharu semalam, 1,765 jangkitan Covid-19 kategori 1, sebanyak 3,836 kes melibatkan kategori 2 dan 12 orang bagi kategori 3 serta masing-masing enam untuk kategori 4 dan 5. – Malaysiapost

Komen