Polis buru 78 lagi pelarian Rohingya masih bebas

Polis buru 78 lagi pelarian Rohingya masih bebas

DUA lagi tahanan pelarian etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Rabu lalu berjaya ditahan semula menjadikan jumlah tahanan yang masih bebas 78 orang.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad hari ini.

Katanya, polis akan terus mempergiatkan operasi mencari baki yang masih bebas setakat ini.

Operasi turut dipergiatkan oleh polis Pulau Pinang dan Perak serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Dalam kejadian Rabu lalu, 528 tahanan di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap merusuh dan melarikan diri.

Enam daripada mereka maut dalam kemalangan ketika cuba melintas laluan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Bagaimanapun, 450 orang berjaya ditahan semula setakat ini manakala bakinya sedang diburu polis. – Malaysiapost

Komen