Air mata Siti Nurhaliza ‘tumpah’ depan Kaabah

Air mata Siti Nurhaliza ‘tumpah’ depan Kaabah

PENYANYI terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebak melihat ribuan manusia berebut-rebut beribadah serta berdoa memohon keredhaan Allah SWT, sekali gus merasai dirinya juga insan biasa dan kerdil menghadap Yang Maha Esa di depan Kaabah.

Menerusi siaran langsung di Instagram miliknya, air mata Siti turut gugur ketika berkongsikan perasaan syukurnya kerana Allah SWT memakbulkan doanya untuk mengerjakan umrah sekali gus mengubati kerinduannya terhadap Mekah dan Kaabah.

“Seronoknya saya dapat berkongsi dengan anda semua.. view, suasana di kaabah, ini yang saya rindu sebenarnya.. (Tiba-tiba Siti merasa sebak) Saya jadi orang biasa.. saya dapat duduk macam ni.. saya duduk dengan orang-orang biasa buatkan saya jadi (merasai bahawa saya hanyalah) manusia sekecil-kecilnya.

“Suka duduk ramai-ramai macam ini, orang tak kenal saya pun, masing-masing tengah berdoa, doa yang terbaik, semua berebut (menitis air mata) ini yang sangat saya rindui Alhamdulillah Allah SWT makbulkan,” katanya.

Siti turut memaklumkan kedatangannya ke Mekah kali ini tidak ditemani suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sebaliknya penyanyi itu ditemani kakak ipar, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan pengurusnya, Rozi Abdul Razak.

BACA LAGI: PU Amin sedih lagu raya moden kini jauh dari budaya Melayu, Islam

Selain itu, Siti juga berterima kasih di atas keizinan suaminya, dan dalam masa sama mengakui merindui kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan suami serta penjaganya.

“Walaupun suami saya tak ikut, tapi dia izinkan besar rahmatnya sebab dia tahu saya sangat rindukan Mekah, Kaabah, berat hati saya nak tinggalkan anak-anak tapi saya tahu Allah jaga anak saya, Afwa dan Afiyah,” katanya. – Malaysiapost

Komen