13 kematian baharu Covid-19 semalam

13 kematian baharu Covid-19 semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 13 kematian baharu akibat Covid-19, semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,520 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, satu daripada 13 kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 61,871 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Selain itu, seramai 60,162 individu atau 97.2 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 77 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,531 kes pula dirawat di hospital dan 101 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 38 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 63 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

Komen