21.4 peratus kanak-kanak lengkap vaksin Covid-19

21.4 peratus kanak-kanak lengkap vaksin Covid-19

SEBANYAK 761,309 atau 21.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 1,504,066 atau 42.3 peratus kanak-kanak golongan sama sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara, remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula sebanyak 2,889,620 individu atau 92.9 peratus sudah lengkap vaksinasi, manakala 2,988,492 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi individu dewasa sejumlah 16,020,386 atau 68.1 peratus sudah menerima dos penggalak manakala 22,965,472 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,030 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam masa sama, sebanyak 34,376 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam membabitkan 6,906 dos pertama, 22,782 dos kedua dan 4,688 dos penggalak.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,158,087. – Malaysiapost

Komen