Nagaentran: ‘Adakah ini keadilan’? – Anwar

Nagaentran: ‘Adakah ini keadilan’? – Anwar

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan adakah hukuman mati dilaksanakan terhadap Nagaentran K Dharmalingam yang cacat mental di Singapura adalah sesuatu yang adil.

Nagaentran, 34, yang cacat mental menjalani hukuman mati di Penjara Changi, Singapura pagi tadi menjalani hukuman mati di Penjara Changi, Singapura pagi tadi atas kesalahan berkaitan dadah.

Adakah hukuman mati adil bagi orang cacat mental? Adakah ia menyelesaikan masalah yang lebih besar? Adakah ini keadilan?,” tulis Anwar di Facebooknya.

Bernama hari ini melaporkan adik Nagaentran, Navin Kumar mengesahkan dia berada di Penjara Changi untuk menuntut mayat abangnya.

Selasa lalu, Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan terakhir difailkan ibu Nagaethran untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.

BACA LAGI: Nagaenthran jalani hukuman gantung pagi tadi

Panchalai Supermaniam memfailkan permohonan itu dengan bantuan rakan-rakan dan aktivis tanpa diwakili mana-mana peguam.

Perbicaraan didengar di hadapan tiga Hakim iaitu Andrew Phang; Judith Prakash; dan Belinda Ang.

Asas kepada cabaran undang-undang itu ialah Hakim Sundaresh Menon yang mengetuai dan menolak rayuan Nagaenthran sebelum ini merupakan Peguam Negara yang telah mendakwa Nagaenthran dan memastikan sabitannya.

Selepas permohonan ibunya ditolak, mahkamah membenarkan Nagaentran berpegangan tangan dengan tujuh ahli keluarganya yang hadir di kamar mahkamah.

Berasal dari Perak, Nagaenthran dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin pada 2009 ke Singapura, yang diketahui antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.

Dia sepatutnya dihukum gantung pada 10 November 2021, tetapi memperoleh penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah diberitahu dia positif Covid-19 ketika hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukuman matinya. – Malaysiapost

Komen