Tak boleh gerakkan tabung ketika khutbah

Tak boleh gerakkan tabung ketika khutbah

JEMAAH solat Jumaat tidak boleh menggerakkan tabung masjid ketika khatib sedang berkhutbah.

Perkara itu dikongsi Jabatan Mufti Perlis menerusi satu poster yang dimuatnaik oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi ciapan di Twitter.

Menerusi poster berkenaan, ia memaklumkan perbuatan tersebut termasuk dalam perkara yang dapat memalingkan tumpuan para jemaah dari mendengar khutbah Jumaat.

Memetik maklumat tertera pada poster tersebut, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang bermain dengan batu (ketika khatib berkhutbah) maka telah sia-sia (pahala Jumaatnya)” (Riwayat Muslim).

“Kesimpulannya menggerakkan tabung ketkka khatib berkhutbah lebih utama menyebabkan sia-sia.

“Dicadangkan tabung digerakkan sebelum khutbah atau selepas solat Jumaat,” tulis Jabatan Mufti Perlis. – Malaysiapost

Komen