Kit Siang: Rakyat Malaysia perlu buktikan mereka tidak seperti Filipina

Kit Siang: Rakyat Malaysia perlu buktikan mereka tidak seperti Filipina

Lim Kit Siang

RAKYAT Malaysia berhadapan dengan cabaran besar untuk membuktikan kepada dunia yang kita berbeza dengan Filipina, di mana kita tidak melihat dekad yang lepas sebagai satu “zaman keemasan” sedangkan negara kita dikenali sebagai sebuah kleptokrasi ketika itu.

Rakyat Malaysia berhadapan dengan cabaran besar untuk membuktikan kepada dunia yang kita berbeza dengan Filipina, di mana kita tidak melihat dekad yang lepas sebagai satu “zaman keemasan” sedangkan negara kita dikenali sebagai sebuah kleptokrasi ketika itu – memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15, bila pun ia diadakan, mungkin akan berlangsung dalam masa kurang daripada setahun dari sekarang.

Pemilihan Presiden Filipina semalam adalah bukti yang maklumat palsu dan penipuan di media sosial dan internet boleh membawa kemenangan dalam pilihan raya dan mengubah era kleptokrasi Marcos pada tahun 80-an kepada “zaman keemasan” yang penuh keamanan dan kemakmuran.

Dalam satu pemilihan yang memecahkan, mereka yang terselamat daripada kekejaman regim Marcos – yang menyaksikan ribuan lawan politik diseksa, ditahan, dan dihilangkan – kini berasa ngeri melihat kejahatan-kejahatan ini boleh “dibersihkan” sebegitu sahaja.

Rakyat Filipina telah kalah dalam “pertarungan fakta global” dalam Pemilihan Presiden Filipina, yang dirumuskan oleh Pemenang Anugerah Keamanan Nobel dan wartawan Filipina Maria Ressa dengan memetik Milan Kundera sebagai berkata “Pertarungan manusia melawan kuasa adalah pertarungan memori melawan lupa”.

Marcos Jr tidak membentangkan apa-apa platform dasar yang jelas, sebaliknya hanya menyampaikan mesej perpaduan yang kabur.

Marcos dikritik kerana mengelak perbahasan calon presiden dan hanya muncul beberapa kali sahaja dalam media semasa tempoh kempennya, membolehkannya untuk mengawal mesej kempennya melalui rangkaian pemengaruh dan blogger yang diberikan akses kepadanya.

Hasil pemilihan semalam menunjukkan impak besar operasi media sosial yang canggih dalam mempengaruhi golongan muda di Filipina yang lahir selepas Revolusi Kuasa Rakyat 1986 dengan penyebaran maklumat palsu yang mencabar fakta sejarah era diktator Marcos.

Filipina pernah digambarkan sebagai seorang eksekutif Facebook sebagai “pesakit pertama” wabak maklumat palsu global. Tetapi dalam tahun-tahun yang lepas, kerajaannya tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan masalah ini.

Kebanyakkan maklumat palsu ini disebarkan di Facebook, Tiktok, dan juga Youtube. Era ganas Marcos kini digambarkan semula sebagai satu era dengan pertumbuhan ekonomi dan projek infrastruktur yang pesat. Leni Robredo, naib presiden dan lawan nombor satu Marcos, dimomokkan sebagai seorang komunis yang tidak mencapai apa-apa dalam memegang jawatannya.

Adakah Malaysia mampu untuk membuktikan kita berbeza dengan Filipina – di mana maklumat palsu di media sosial dapat “mencuci” kleptokrasi dan penyalahgunaan kuasa dalam dekad yang lepas untuk menggambarkan waktu ini sebagai satu “zaman keemasan”?

Inilah perkara serius yang perlu difikirkan oleh rakyat Malaysia yang sayangkan negaranya selepas menyaksikan apa yang berlaku dalam Pemilihan Presiden Filipina semalam.

Penulis merupakan veteran DAP dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri.

(Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiapost)

Komen