Beregu wanita pekak negara cipta sejarah emas di Sukan Deaflympic Brazil

Beregu wanita pekak negara cipta sejarah emas di Sukan Deaflympic Brazil

ATLET badminton pekak negara mencipta sejarah di Sukan Deaflympic Brazil semalam dengan merangkul emas pertama negara, sekaligus menamatkan penantian 21 tahun negara yang kemarau pingat emas di kejohanan itu.

Emas negara disumbangkan oleh bergu wanita pekak negara, Boon Wei Ying-Foo Zu Tung memahat sejarah negara dengan bergu nombor satu pekak dunia Jung-Yu Fan-Yan-Ru Shen dari Taiwan yang juga pemenang perak Deaflympic Turki 2017.

Gadingan negara menjinakkan lawan mereka dengan keputusan 21-14, 5-21, 21-18.

Berita gembira itu dikongsikan di laman Facebook Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) yang memaklumkan kedua-dua wirawati negara itu turun ke gelanggang dengan berbekalkan pengalaman mereka berganding di Deaflympic Turki.

“Dengan kemenangan bersejarah ini mereka menamatkan penantian 21 tahun negara kemarau pingat emas di Sukan Deaflympic setelah Zana Azizul Ujang mendapatkan pingat emas di Sukan Deaflympic, Rom Itali pada 2001,” menurut perkongsian itu.

MSDeaf turut memaklumkan gandingan Boon Wei Ying-Edmund Teo Seng Keong turut membuat kejutan memahat nama mereka dalam beregu campuran dengan meraih pingat perak.

Pasangan itu menundukkan gandingan Abhinav Sharma-Jevlin Jayaratchagan juga dari Taiwan dengan 14-21,7-21 pada perlawanan akhir.

Menurut MSDeaf, Boon Wei Ying juga merangkul gangsa buat negara setelah tunduk kepada Jevlin Jayaratchagan di separuh akhir, namun untuk perebutan pingat gangsa dia menang percuma kerana kontinjen Jepun dikuarantin akibat Covid-19.

“Ketua jurulatih badminton negara, Sabrina Chong ternyata insan yang paling gembira dan berpuas hati disebalik pencapaian anak-anak didiknya menghadiahkan tiga pingat buat negara pada hari terakhir pertandingan badminton Deaflympic.

“Pencapaian ini ternyata cukup cemerlang buat kem badminton pekak negara,” katanya. – Malaysiapost

Komen