Duta Jepun terpegun aksi Zii Jia 

Duta Jepun terpegun aksi Zii Jia 

LUAR biasa! Itulah gambaran prestasi pemain utama perseorangan negara, Lee Zia Jia ketika mudah menjinakkan pemain nombor dua dari Jepun, Kento Momota malam tadi. 

Kemenangan Zii Jia itu membangkitkan semangat pemain negara sebelum menundukkan Jepun 3-2 sekali gus muncul juara Kumpulan D dalam pusingan akhir Piala Thomas 2022 di Impact Arena, Bangkok. 

Persembahan hebat bekas juara All England 2021 itu turut mendapat perhatian Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko. 

Menurut Katsuhiko, smash serta pukulan silang dipamerkan Zii Jia begitu kuat, hingga dapat mengatasi pemain nombor satu negaranya dengan mudah. 

“Menonton Piala Thomas Jepun vs Malaysia di rumah. Game yang sangat menarik bagi perseorangan Pertama!  

“Lee Zii Jia mengatasi Momota Kento dengan begitu jauh, Pukulan Lee Zii Jia, pukulan silang khususnya, sangat kuat! Mari lihat bagaimana perlawanan lain berjalan,” ciapnya di Twitter.

Kemenangan ke atas Jepun membolehkan Malaysia muncul juara Kumpulan D dan menempah pertemuan dengan India pada suku akhir, malam ini. 

Jika menang, Malaysia yang kali terakhir menjulang Piala Thomas pada 30 tahun lalu bakal bertemu sama ada Korea Selatan atau Denmark di separuh akhir. – Malaysiapost

Komen