Emma Maembong dikecam pakai singlet ketat di Bali

Emma Maembong dikecam pakai singlet ketat di Bali

PENAMPILAN pelakon Emma Maembong sekali lagi mengundang kecaman netizen selepas memuat naik gambar mengenakan singlet ketat yang mencolok mata di media sosial miliknya.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Emma kelihatan ranggi bersinglet putih dan berseluar merah dengan gaya rambut bertocang berwarna biru.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 30, dalam hantaran itu juga menulis ucapan terima kasih kepada sebuah salon rambut, mungkin yang mendandan penampilannya dalam video itu.

Menerjah di ruangan komen, rata-rata netizen kesal dengan penampilan pelakon drama Bicara Cinta yang semakin ‘daring’ selepas tidak lagi mengenakan tudung sejak tiga tahun lalu.

“Kalau bertutup litup macam dulu balik kan lagi lawa,” kata Asyraf_azizan.

“Simpanlah auratmu Emma, ambil iktibar sikit dari Covid ni. Semoga mendapat secepat mungkin hidayah,” kata Mia_syaa.

“Bila terlalu seksi tak nampak eksklusif pun Kak Ema.. nampak biasa-biasa je. Berubah la,” ujar Nell Sera.

Difahamkan, Emma kini sedang bercuti dan foto tersebut diambil di Seminyak, Bali, Indonesia. – Malaysiapost

Komen