Malaysia kecundang di peringkat suku akhir Piala Thomas

Malaysia kecundang di peringkat suku akhir Piala Thomas

MALAYSIA terkandas di pusingan suku akhir Piala Thomas selepas tumpas kepada pasukan India 3-2 di Impact Arena, Bangkok, Thailand sebentar tadi.

Pasukan Malaysia bermula baik apabila mendahului melalui perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia yang menumpaskan Lakshya Sen 23-21, 21-9.

Bagaimanapun beregu negara Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tumpas kepada gandingan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 19-21, 15-21 dalam perlawanan kedua.

Skuad negara sekali lagi tersentak apabila pemain perseorangan kedua negara Ng Tze Yong tewas kepada K Srikanth 11-21, 17-21 di perlawanan ketiga.

Bagaimanapun pasukan negara bangkit semula melalui gandingan Aaron Chia-Teo Ee Yi yang menumpaskan Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala 21-19, 21-17 dalam perlawanan keempat.

Harapan negara musnah dalam perlawanan penentuan apabila Leong Jun Hao tumpas ditangan Prannoy H.S 21-13, 21-8. – Malaysiapost

Komen