Piala Thomas: Nasib tak menyebelahi kita – Faizal Azumu

Piala Thomas: Nasib tak menyebelahi kita – Faizal Azumu

SKUAD badminton lelaki negara telah mempamer aksi terbaik pada saingan Piala Thomas 2022, namun nasib masih tidak menyebelahi kita, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bagaimanapun beliau kagum melihat kesungguhan dan semangat para pemain bagi setiap perlawanan.

“Saya percaya detik kemenangan pasti muncul di masa akan datang buat skuad badminton negara. Teruskan usaha… dan terus berjuang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Skuad negara tumbang 2-3 kepada India dalam aksi suku akhir malam tadi, sekali gus kali ketiga berturut-turut gagal mara ke separuh akhir saingan Piala Thomas.

Dua mata Malaysia diperoleh menerusi perseorangan utama, Lee Zii Jia dan pasangan beregu, Aaron Chia-Teo Ee Yi.

Manakala beregu pertama, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin serta dua lagi perseorangan –  Ng Tze Yong dan Leong Jun Hau tewas.

Bagi India, kemenangan ke atas Malaysia menyaksikan mereka mencipta sejarah apabila mara ke separuh akhir kali pertama dalam tempoh 43 tahun.

Kali terakhir mereka melakukannya ialah pada edisi 1979. – Malaysiapost

Komen