Puak perlekeh audit forensik sebab takut kejahatan diketahui

Puak perlekeh audit forensik sebab takut kejahatan diketahui

SEORANG pemimpin PKR mempertahankan kenyataan Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesyorkan kerajaan menjalankan audit forensik terhadap Sapura Energy Bhd yang sedang mengharungi tempoh getir susulan kemelut hutang.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pada masa sama berkata mereka yang memperlekeh saranan Anwar berhubung audit forensik sebenarnya takut perilaku sebenar mereka terbongkar.

“Mereka yang perlekeh, ejek, merendahkan “forensik audit” adalah puak-puak yang takut dibuka pekung dan segala kejahatan diketahui umum,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ringkas menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Dalam sesi debat berhubung isu Sapura malam tadi, Anwar mengesyorkan kepada kerajaan supaya menjalankan audit forensik terhadap syarikat tersebut.

Menurut Anwar ia adalah langkah bagi mengambil tindakan terhadap individu yang menyebabkan masalah dalam syarikat itu.

Ketua Pembangkang itu berkata, tekad politik juga perlu sebagai pendorong kepada usaha membetulkan sistem yang terpalit rasuah, penyelewengan atau memiliki urus tadbir lemah dalam sesebuah syarikat. – Malaysiapost

Komen