Sukan SEA: Atlet wushu negara rangkul dua emas

Sukan SEA: Atlet wushu negara rangkul dua emas

MALAYSIA merangkul dua lagi pingat emas susulan kejayaan atlet wushu negara, Tan Zhi Yan menyumbang emas kedua dalam temasya Sukan SEA Hanoi pada Jumaat.

Jaguh wushu negara itu mempamerkan aski cemerlang dengan kutipan mata 9.71 sekali gus melayakkan dirinya untuk memenangi pingat emas dalam acara taijiquan lelaki.

Sementara itu, atlet Filipina, Jones Llabres meraih perak dengan 9.70 mata sementara atlet Singapura, Chan Jun Kai membawa pulang gangsa dengan 9.57 mata.

Terdahulu, kontinjen Malaysia turut meraih pingat emas bagi acara changquan lelaki menerusi Clement Ting manakala Calvin Lee berjaya memperoleh perak untuk acara nandao lelaki.

Kontinjen negara kini telah meraih 11 pingat emas. – Malaysiapost

Komen