Ahda Wellness sasar jual 20,000 unit ‘Prestige V’ tahun ini

Ahda Wellness sasar jual 20,000 unit ‘Prestige V’ tahun ini

SYARIKAT Ahda Wellness yang diasaskan sejak tahun 2020 bermatlamat untuk menyediakan produk kesihatan yang berasaskan minuman botani bagi membina kehidupan sihat Dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Pengasasnya, Dr Hazlina Ali, berkata jenama itu memformulasikan suplemen kesihatan yang membawa kebaikan kepada kesihatan badan khususnya buat golongan wanita.

Selepas hadir dengan produk detoks, kini Ahda Wellness memberi perhatian khusus kepada produk makanan tambahan premium atau jamu moden dipanggil “Prestige V”.

“Prestige V dihasilkan dengan 100 peratus bahan semula jadi yang selamat dan berkesan untuk keseimbangan hormon wanita. Dikategorikan sebagai ‘superfood’.

“Minuman serbuk botani campuran perisa blackcurrant, kacip fatimah, ekstrak herba manjakani dan EstroG-100. Ia khusus untuk penjagaan ‘aset’ utama diagungkan wanita sejagat.

“Produk ini fokus dan khusus kepada masalah kebiasaan wanita seperti keputihan kronik hinggalah ‘miss V’ berbau hanyir, busuk, berlendir hijau dan kuning, kegatalan, keradangan selain haid tidak teratur dan senggugut.

“Ia membantu keseimbangan hormon wanita, mengekalkan kesihatan dan kecantikan semulajadi. Ia umpama kunci kepada kebahagiaan wanita terutama yang sudah berumah tangga dan bergelar ibu,” katanya kepada Malaysiapost.

Komen