Malaysia raih emas ke-20

Malaysia raih emas ke-20

PASUKAN berbasikal bukit (MTB) negara berjaya meraih emas ke-20 negara dalam temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam hari ini dalam merentas desa campuran.

Emas itu disumbangkan gandingan Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zukkifli, Natahsya Soon dan Nur Assyira Zainal Abidin.

Berita kejayaan atlet negara itu turut dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di laman Facebooknya.

“Pingat emas pertama Kontinjen Malaysia hari ini!

“Syabas Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zukkifli, Natahsya Soon dan Nur Assyira Zainal Abidin berjaya meraih pingat emas dalam acara ‘mountain bike cross country olympic mixed’ dengan catatan masa 1:23.14s,” katanya. – Malaysiapost

Komen