Ada pencarum berhenti kerja, pergi bercuti selepas dapat RM10,000 wang KWSP 

Ada pencarum berhenti kerja, pergi bercuti selepas dapat RM10,000 wang KWSP 

ADA pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sanggup berhenti kerja semata-mata untuk pergi bercuti selepas menerima wang pengeluaran khas RM10,000. 

Maklumat didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dilapor melibatkan pekerja sebuah syarikat keselamatan. 

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata dalam keadaan ekonomi semasa dengan kejatuhan ringgit, seharusnya orang ramai terutama pengguna bijak memastikan mereka mempunyai wang simpanan. 

Menurutnya, ia sebagai persediaan berdepan cabaran ekonomi untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

“Ada sebuah syarikat keselamatan kira-kira 10 peratus daripada 500 pekerja berhenti selepas keluarnya wang KWSP. 

“Dapat RM10,000 nak pergi bercuti, itu yang kita takut,” katanya memetik laporan Sinar Harian. 

Terdahulu beliau hadir pelancaran Pertubuhan Industri Fesyen, Ksesihatan dan Kecantikan (Perfinas) di Melaka malam tadi. 

Sementara itu Nadzim yang juga Pengerusi Perfinas berkata pertubuhan itu akan menjadi platform untuk usahawan tempatan menyalurkan masalah. 

Katanya ia termasuk isu produk tiruan yang bukan sahaja menjejaskan golongan tersebut, malah memberi impak tidak baik kepada pengguna. 

“Kami turut memberi khidmat nasihat dan bertukar fikiran antara satu sama lain supaya usahawan dalam bidang berkenaan terus berdaya saing dan maju. 

“Kita nak produk yang dikeluarkan mematuhi undang-undang selain dapat mewujudkan platform kemudahan seperti promosi dan sebagainya,” katanya. – Malaysiapost

Komen