Ustaz Abdul Somad kesal layanan pihak berkuasa Singapura

Ustaz Abdul Somad kesal layanan pihak berkuasa Singapura

PENCERAMAH terkenal Indonesia, Abdul Somad meluahkan rasa tidak puas hati serta kesal dengan cara layanan pihak berkuasa Singapura.

Dalam satu temubual menerusi tvne, beliau menceritakan apa yang terjadi terhadap dirinya bersama keluarga ketika ditahan pihak berkuasa terbabit.

Katanya, pihak berkuasa Singapura tidak mengendahkan permintaannya, untuk berbicara bagi menyelesaikan permasalahan dengan segera walaupun ketika itu mereka dapat melihat dua anak yang masih kecil yang sudah keletihan menunggu di dalam satu ruangan terbabit.

“Ada tiga catatan, yang pertama, mereka (pihak berkuasa Singapura) tahu saya membawa kanak-kanak dan bayi berumur empat tahun dan  tiga bulan.

“Secara manusia, maka saya tulis kenapa mereka ini menjadi robot ternyata setelah saya baca-baca masyarakat di terlelah di dunia ini adalah orang Singapura. Mungkin mereka ini terlalu lelah hingga tidak boleh membezakan mana bayi dan mana manusia.

“Selama empat jam itu, saya dukung anak saya turun dari jendela jeruji besi untuk menunjukkan kepada mereka bahawa kami ini lelah.. tapi tiada siapa yang boleh diajak berbincang,” katanya.

Tambah Abdul Somad, beliau juga hairan tindakan pihak berkuasa Singapura menahannya tanpa membawa sesiapa untuk berjumpa dengannya bagi menjelaskan apa yang terjadi.

“Catatan kedua, jika mereka meminta penjelasan, mestinya mereka bawa saya kepada pihak yang saya boleh bercakap. Kalau saya disuruh menghubungi orang Indonesia yang ada di Singapura baru saya boleh menghubungi kedutaan sebagai warga Indonesia.

“Kenapa sebelum berangkat tidak menghubungi kedutaan saya.. saya bukan pejabat, saya masyarakat biasa.. saya biasa  masuk ke Malaysia, Brunei, negara lain tanpa saya diundang di kedutaan.

“Tapi untuk acara yang sifatnya tidak bukan kenegaraan maka saya menganggap itu bukan sesuatu yang penting, mereka mestinya kalau ini penting. Ini orang apa.. bagaimanapun dia boleh minta penjelasan.. boleh berikan kemudahan fasiliti,” katanya.

Susulan itu, beliau berharap insiden yang berlaku kepada dirinya tidak berulang kepada rakyat Indonesia yang lain.

“Catatan ketiga, saya ingin menjelaskan kalau saya seorang dosen (pensyarah) sebagai ustaz … Mereka memperlakukan sedemikian bagaimana masyarakat kita mereka semaunya saja.. Saya ingin setelah peristiwa ini jangan berulang lagi ada anak bangsa kita diperlaku seperti ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan Abdul Somad dihalang pihak berkuasa Singapura bagi memasuki negara itu.

Beliau juga ditahan dalam sebuah bilik sempit selama satu jam bagi menjalankan siasatan. – Malaysiapost

Komen