‘Kalau boleh MN hidup seperti dahulu’ – Noh Omar

‘Kalau boleh MN hidup seperti dahulu’ – Noh Omar

UMNO Selangor mengalu-alukan agar hubungan parti itu dan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) ‘hidup’ seperti dulu, kata Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar.

Bagaimanapun katanya, Umno Selangor menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti itu dan PAS, untuk membuat keputusan terbaik berhubung kerjasama MN, lapor Bernama.

“Umno Selangor kalau boleh MN hidup seperti dahulu, itu amat dialu-alukan, bagaimanapun kita serah kepada kepimpinan kedua-dua parti untuk buat keputusan.

“Setiap parti ada jawatankuasa mereka, jadi kalau Presiden kata ia (kerjasama MN) nyawa ikan bermakna masih hidup tetapi sama ada ia akan terus hidup atau sebaliknya, kita serah kepada kepimpinan,” katanya memetik laporan Bernama.

Noh mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini yang menegaskan MN masih bernyawa dan tidak terkubur seperti didakwa.

Baru-baru ini Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan MN kini dalam fasa ‘nyawa-nyawa ikan’. – Malaysiapost

Komen