Tular budak dijangkiti monkeypox, KKM tak terima sebarang notifikasi

Tular budak dijangkiti monkeypox, KKM tak terima sebarang notifikasi

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes dijangkiti virus monkeypox di negara ini setakat jam 5 petang tadi.

Begitu kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus tersebut seperti dalam mesej beserta gambar yang tular dalam media sosial.

Menerusi kenyataan hari ini, KKM berkata sekiranya gambar tersebut adalah benar, waris kanak-kanak itu dinasihati membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera.

Ia bagi membolehkan kanak-kanak tersebut menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya.

“Sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu jika berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan,” kata KKM.

Menerusi mesej bergambar yang tular itu, tertera kapsyen menyatakan dakwaan seorang kanak-kanak telah dijangkiti virus tersebut di Malaysia.

Malah ia turut mempersoalkan mengapa berita mengenai kes melibatkan kanak-kanak tersebut tidak disiarkan di media. – Malaysiapost

Komen