Isu bekalan ayam resahkan peniaga, pengguna

Isu bekalan ayam resahkan peniaga, pengguna

Sharifudin Abdul RahimĀ 

ISU kekurangan ayam segar di pasaran terus membelenggu rakyat Malaysia, baik peniaga dan pastinya pengguna.

Ketiadaan bekalan ayam sebagai antara sumber protein utama rakyat Malaysia, selalunya akan menimbulkan keresahan sepertimana situasi yang berlaku sekarang.

Bekalan ayam kurang bukan hanya berlaku di Selangor malah ramai peniaga ayam di negeri lain turut mendakwa mereka tidak memperoleh bekalan ayam hidup sejak Selasa lalu kerana pembekal memaklumkan stok ayam tidak mencukupi.

Ada juga mendakwa kekurangan bekalan ayam berpunca daripada kartel industri ternakan ayam yang merancang menutup ladang ternakan pada Sabtu dan Ahad ini.

Ia adalah sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lewat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. – Malaysiapost

Komen