25 tahun, roti canai Waqis Corner terus digemari pelanggan

25 tahun, roti canai Waqis Corner terus digemari pelanggan

Sharifudin Abdul Rahim

SELEPAS lebih 25 tahun berniaga roti canai, Waqis Corner di Kampung Sri Serendah saban hari tidak putus dikunjungi pelanggan.

Setiap pagi, warung itu pasti dipenuhi pelanggan, membuatkan pemiliknya, Khairul Nizam Ahmad Joki, 41, selalu tidak menang tangan.

Walaupun harga barang semakin meningkat – akan datang mungkin harga tepung juga – tapi baginya, perniagaan perlu diteruskan.

Demi kelangsungan hidup dan tentunya demi pelanggan setia yang gemarkan juadah di warung tersebut, Waqis Corner akan terus ‘bernafas’. – Malaysiapost

Khairul Nizam menebar tepung yang diuli sebelum membuat roti canai.
Khairul Nizam membuat roti canai di Warung Waqis, Kampung Sri Serendah.
Khairul Nizam membuat roti canai di Warung Waqis, Kampung Sri Serendah.
Khairul Nizam membuat roti canai di Warung Waqis, Kampung Sri Serendah.
Roti canai dibiar atas dapur sehingga garing dan rangup.
Roti canai dibiar atas dapur sehingga garing dan rangup.
Khairul Nizam menerbangkan roti canai yang telah dimasak ke dalam bekas.
Roti canai yang masak diletak ke pinggan sebelum dihantar ke pelanggan.
Roti canai siap masak garing dan rangup.
Roti canai dipotong atas kehendak pelanggan.

Komen