Hanya 2 kematian Covid-19 semalam

Hanya 2 kematian Covid-19 semalam

DUA kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, sehingga tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan virus itu kini 35,680, daripada 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiada kes kematian berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, sebanyak 1,877 kes baharu direkodkan dengan kes aktif Covid-19 seluruh negara ketika ini adalah 23,208 kes.

Daripada jumlah itu, 22,204 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 945 pula dirawat di hospital dengan 29 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). – Malaysiapost

Komen