Gempa bumi gegar Timur Laut Taiwan

KEJADIAN gempa bumi sederhana berukuran 5.2 magnitud dilaporkan berlaku di Timur Laut Taiwan pada jam 9.57 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook, memaklumkan bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Menurut MetMalaysia, kejadian gempa bumi tersebut berlaku pada koordinat 25.5 darjah Utara dan 123.5 darjah Timur.

“Manakala jarak kejadian adalah 190 kilometer Timur dari Keelung, Taiwan dengan kedalaman 279 kilometer,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights