Elaun petugas pentaksiran, pemeriksaan SPM 2021 dibayar esok

Elaun petugas pentaksiran, pemeriksaan SPM 2021 dibayar esok

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengarahkan elaun petugas pentaksiran dan pemeriksa bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dibayar mulai esok.

Radzi berkata, beliau menerima makluman tentang elaun petugas pentaksiran dan pemeriksaan SPM2021 masih belum diterima.

“Justeru itu, saya telah mengarahkan supaya Lembaga Peperiksaan untuk meneliti perkara ini dan membuat bayaran kepada guru yang terlibat dengan segera.

“Kita usahakan agar bayaran berkenaan dibuat mulai esok,” katanya menerusi Facebook. – Malaysiapost

Komen