Larang sertai Bon Odori: JAKIM mudah keliru – Siti Kasim

PEGUAM kontroversi, Siti Zabedah Kasim atau dikenali Siti Kasim mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung larangan terhadap umat Islam untuk menyertai program Festival Bon Odori yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara pada 16 Julai ini.

Malah, Siti Kassim mendakwa JAKIM mudah terkeliru dengan konsep sambutan festival itu.

“Yang keliru tentang Islam hanyalah JAKIM. Biasanya setiap hari umat Islam tidak mempunyai masalah untuk bersama-sama dengan bukan Islam dalam perayaan mereka dan meraikannya.

“Malangnya akidah JAKIM tak kuat sangat. Mudah keliru,” tulisnya di Facebook beliau.

Susulan itu, Siti Kasim yang tidak berpuas hati dengan kenyataan JAKIM itu dan turut mempersoalkan tindakan agensi berbuat demikian.

“Saya rasa mereka (JAKIM) mengalami semacam percanggahan rohani. Perayaan ini telah berlangsung selama bertahun-tahun.

“Kenapa tiba-tiba sekarang? Mereka tidak sepatutnya melayan kita seolah-olah kita tidak boleh menggunakan otak kita sendiri,” katanya.

Isnin lalu, media melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menasihati umat Islam supaya tidak menyertai Festival Bon Odori kerana didapati mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.

Beliau berkata, kajian JAKIM mendapati program itu mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.

Malah semalam, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata festival berkenaan mempunyai unsur-unsur yang dibimbangi boleh membawa kepada syirik.

Festival Bon Odori juga bakal dianjurkan di Pulau Pinang pada 30 Julai ini di Padang Kota Lama dan merupakan antara acara tahunan yang diadakan di negeri ini.

Festival itu sudah disambut di Jepun sejak 500 tahun lalu menampilkan persembahan tarian dengan dikaitkan bagi menghormati semangat nenek moyang dalam perayaan Buddha Jepun. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights