Bersatu perluas program bantuan prihatin rakyat – Hamzah

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpendirian bahawa kerajaan mesti mengambil langkah yang komprehensif untuk membendung kenaikan harga dan memastikan bekalan barangan makanan dan keperluan harian yang mencukupi.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pendirian itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam yang dipengerusikan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, Bersatu berpendapat fokus mesti diberikan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Mesyuarat MPT antara lain membincangkan beberapa perkara berkenaan pengurusan parti dan isu-isu semasa terutamanya inisiatif untuk menangani isu kos sara hidup rakyat.

“Justeru itu, Bersatu akan memperluaskan program bantuan prihatin rakyat yang dilaksanakan oleh parti termasuk program kebun komuniti yang kini sedang dilaksanakan di beberapa kawasan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, program berkenaan mampu menjana pendapatan penduduk di samping menyediakan bekalan sayuran dan makanan dengan harga yang murah. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights