KDN nafi keluar amaran yang boleh menyebabkan kegusaran awam.

KDN nafi keluar amaran yang boleh menyebabkan kegusaran awam.

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menafikan maklumat yang tular di aplikasi WhatsApp berkaitan ‘Makluman Keselamatan Tinggi’ mengenai kumpulan penyamun yang menyamar sebagai Pegawai Hal Ehwal Dalam Negeri untuk membuat banci.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, KDN memaklumkan maklumat itu adalah palsu dan boleh menyebabkan kebimbangan ketenteraman awam.

“Tular di aplikasi WhatsApp maklumat palsu berkaitan Pegawai Hal Ehwal Dalam Negeri membuat banci dan menggunakan kepala surat KDN yang boleh menyebabkan kebimbangan ketenteraman awam.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat palsu tersebut,” katanya.

Terdahulu tular mesej di media sosial memberi amaran dan mendakwa terdapat satu kumpulan yang pergi rumah ke rumah berlagak sebagai Pegawai Hal Ehwal Dalam Negeri yang dokumen dan mempunyai kepala surat KDN.

Kumpulan itu dikatakan menyamar dengan ingin melakukan pengesahan kad pengenalan untuk banci yang akan datang sebelum merompak. – Malaysiapost

Komen