POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang juga saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan wanita hamil yang ditemui dengan kesan tembakan pada perut dalam sebuah kereta di Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata suspek dikenali sebagai Zulhakimy Aiman Suhaidruddin atau digelar ‘Aimay’, berusia 21 tahun dan berasal dari Kampung Pak Jak, Pasir Mas.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan suspek untuk tampil membuat laporan di balai polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Nor Mazura Yaacob di talian 013-9405819
“Kerjasama orang ramai amat dihargai dalam membantu mencari saksi berkenaan bagi menyelesaikan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sebelum itu, media melaporkan cemburu dipercayai antara motif dalam kejadian menimpa mangsa, Farrah Emirah Mazlan 26.
Mangsa yang mempunyai tiga anak daripada perkahwinan pertama dan baru bercerai dengan suami keduanya pada Februari lalu.
Susulan kejadian itu, seorang daripada bekas suaminya ditahan bagi membantu siasatan. – Malaysiapost