KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu akibat Covid-19 semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,708 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, dua kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Pada masa sama, sebanyak 22,074 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Selain itu, seramai 21,074 individu atau 95.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 21 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 954 kes pula dirawat di hospital dan 25 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana lapan pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 17 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost