DATUK Seri Najib Razak membangkitkan persoalan berhubung kenyataan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sering menggunakan sistem kehakiman sekiranya kedudukan politiknya terancam.
Dalam hantaran terbaharu di Facebook, Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu meminta Tommy untuk menjelaskan lebih lanjut kenyataannya itu.
“Apa yang Tommy kata? Mahathir gemar memperguna dan memperalatkan sistem kehakiman dan mahkamah bagi memangsakan seteru politik dia ke apa?
“Minta penjelasan Tommy,” katanya hari ini.
Terdahulu, kenyataan Tommy yang dipetik dari akhbar harian Cina baru-baru ini mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan angkara Dr Mahathir.
“Mahathir khususnya berasa terancam olehnya dan menggunakan mahkamah untuk menyekatnya.
“Kasihan beliau dipenjarakan, tetapi itu tidak bermakna 24 tahun kemudian, kita sekarang dalan tahun 2022 – beliau ada hak automatik untuk menjadi Perdana Menteri. Tidak, pengundi mungkin tidak setuju,” kata Tommy. – Malaysiapost