RANGKAIAN Anti Hukuman Mati Asia (ADPAN) mengalu-alukan pengumuman kerajaan Malaysia yang bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan menyifatkannya sebagai satu langkah progresif ke hadapan.
Dalam satu kenyataan, ADPAN berkata hukuman mati mandatori tidak memberikan keadilan kerana ia atas budi bicara hakim untuk menjatuhkan hukuman berdasarkan situasi setiap individu pesalah.
AAPAN mendakwa perkara itu mengakibatkan hukuman tidak masuk akal dan menyebabkan bantahan orang ramai, seperti kes Hairun Jalmani, seorang ibu tunggal yang dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah di Tawau, dan Mainthan Arumugam, seorang yang dihukum mati kerana pembunuhan yang tidak pernah berlaku.
“Selain memansuhkan hukuman mati mandatori, pembaharuan kritikal, dimasukkan tetapi tidak terhad kepada kesihatan mental dan kesalahan jenayah.
“Pentakrifan semula kesalahan dadah bagi ‘keldai dadah’ dan individu lain yang dieksploitasi dalam pengedaran dadah; dan memperkukuh program pemulihan dan sistem sokongan mangsa turut perlu dipertimbangkan,” menurut kenyataan itu.
Menurutnya, ADPAN menyokong langkah pemansuhan hukuman mati mandatori di Malaysia dan menyeru kerajaan Malaysia untuk melibatkan pihak berkepentingan utama dan pakar bagi penelitian dan kajian lanjut mengenainya.
“Pembabitan pihak berkepentingan dan pakar perlu bagi menyokong dan meneruskan pembaharuan sistemik yang dicadangkan oleh Menteri Undang-undang,” katanya. – Malaysiapost