SUKMA 2022: 31 jenis sukan, 445 acara dipertandingkan

SELEPAS empat tahun, temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bakal kembali diadakan pada tahun ini di sekitar ibu negara.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sebanyak 31 jenis sukan dan 445 acara akan dipertandingkan pada temasya yang bakal berlangsung dari 16 hingga 24 September 2022.

“Alhamdulillah… Berita baik untuk semua! Mesyuarat jawatankuasa tertinggi Sukan Malaysia yang bersidang sebentar tadi (semalam) telah memutuskan temasya SUKMA ke-20 2022 akan berlangsung pada 16 hingga 24 September 2022 dan PARA Sukma pada 1 hingga 6 November 2022.

“Empat tahun setelah Perak berjaya menganjurkan SUKMA ke-19 pada 2018 lalu. Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara yakin bersedia menganjurkannya bagi edisi ke 20 tahun ini,” katanya.

Ahmad Faizal berkata, berkonsepkan ‘Demi Malaysia’, setelah berdepan pandemik Covid-19, atlet remaja di seluruh negara dahagakan suasana penyertaan pertandingan berbentuk temasya utama.

“Edisi ke-20 temasya kali ini juga bakal disingkap tirainya bersempena dengan sambutan Hari Malaysia nanti, simbolik menandakan sukan Malaysia ini adalah untuk semua rakyat Malaysia.

“Ini terutama atlet-atlet yang bakal memikul tugas untuk kontinjen negara dan suatu hari nanti bakal menyarung jersi Kontinjen Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights